Teman Blogger

Isnin, 6 November 2017

RUN PERISIAN ANDROID DI KOMPUTER ANDA

Pernahkan anda terfikir bagaimana nak Run perisian Android yang terdapat di handphone di komputer anda. Contohnya seperti perisian CCTV, Games dan lain2. Pendek cerita semua boleh jalan.

Kalau anda tak percaya anda boleh cuba sendiri. Anda boleh lawat laman web ini dan download EMULATOR KOPLAYER

Selamat mencuba.

Isnin, 23 Oktober 2017

CONVERT FAIL TIFF KE PDF ONLINE


Kadang2 bila kita scan doc kita. Yang keluar bukan fail pdf. Tapi Fail format Tiff. Mungkin salah setting atau lupa nak set. Macam mana nak buat ni?

Bukan apa kalau format PDF tu senang sikit. Dalam satu fail boleh letak banyak muka surat. Kalau format Tiff ni faham2 saja lah. Kalau 10 muka surat dapat 10 faillah.

Tapi sekarang ni dah ada banyak perisian online yang anda boleh gunakan. Select fail, upload, setting dan download. Itu saja senangkan.

Kalau nak cuba anda boleh lawat disini.

Semoga membantu.


Jumaat, 4 Ogos 2017

WHO MOVE MY CHEESE

Anda rasa anda boring dan sudah tepu. Kurang motivasi. Saya cadangkan anda baca buku ini. Tak rugi. Buku ini pasti akan membuat anda bersemangat kembali. Saya teringat satu ketika dulu. Saya memang ada rasa takut untuk mencuba sesuatu yang baru. Maklumlah mana kita tau boleh berjaya atau tidak betul tak. Tetapi bila saya baca buku ini baru saya tau kita memang kena selalu bersedia. Kita tidak tau bila kita akan jatuh. Jadi bersedialah selalu.

Buku ini mengisahkan empat watak yang berbeza mengharungi hidup masing2. Kita akan lihat siapa yang akan berjaya. Ada banyak pengajaran dalam cerita ini dan saya memang syorkan agar anda membacanya. Anda boleh downloadnya disini. Atau boleh tonton videonya kat dibawah.


Selamat menonton.

Selasa, 1 Ogos 2017

POST FAIL ANDA MELALUI SENDANYWHERE

Hari ini saya ingin memperkenalkan lagi satu laman Web yang sangat penting.
Maklumlah kita ni kan mudah lupa. Jadi dengan adanya laman web ini kita tidak perlu bimbang lagi. 
Kalau terlupa nak bawak pendrive send saja pada diri sendiri, atau kalau nak hantar fail kepada kawan2 yang jauhpun boleh. 
Tak perlu lagi nak upload dekat 4shared atau Youtube.
Send saja melalui laman Web ini.

Di laman Web ini anda akan menghantar fail anda menggunakan email.
Masukkan alamat email anda dan alamat email yang dituju.
Masukkan Subject dan Message jika ada dan Send.

Masukkan code dan download balik.

Kepada yang ingin mencuba and boleh download kat sini.


Rabu, 12 Julai 2017

Media Player Classic

Ingin mencuba media player yang lain. Bukan apa kadang-kadang kita download fail media daripada internet, lepas tu bila nak play guna Windows Media Player tak boleh. Pernah jadi perkara macam ni kat anda? 

Saya cadangkan anda menggunakan Media Player Classic. Perisian ini datang dengan K-Lite Codec Pack. Ianya sudah cukup baik, banyak jenis fail audio dan video dia boleh proses dan baca. Biasa kalau Windows Media Player tak boleh baca Media Player Classic boleh. Tak percaya anda boleh cuba downloadnya kat sini.

Perisian ini adalah perisian sumber terbuka dan anda boleh downloadnya secara percuma.

Semoga membantu.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Masa Itu Emas

MALAYSIA

Langgan artikel Via Email

Kirim update terbaru dari
Blog Ajak terus ke Email anda!

Delivered by FeedBurner

Hits counter

Website counter